Hari ini jam 5,10 ptg, duduk duduk rehat dirumah ,selepas dari jam 0630 pagi lagi keluar ke Dewan terbuka Saling,menemankan Farah Natasya menghadiri Sukan Mesra Tabika Kemas,..seronok juga bila lihat anak anak 4,5 dan 6 tahun bertanding sukan ,yang mana dunia itu telah lama berlalu,Dan bagusnya sebelum aturcara Sukan Ibu ibu dan Bapa Bapa diajak bersama senaman TAI CHIEE.dan mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan percuma dari Klinik Kesihatan Kulai Besar.dan yg lebih seronoknya saya terjumpa kawan lama dulu bekerja di Balai Polis Senai bersama isterinya( Dulu isterinya aktif dlm persatuan perkep)
Dan esok harijadi PDRM,Saya bangga dengan diri saya,dari 1982 hingga sekarang (30 thn),saya diberikan kepercayaan untuk sama sama bertugas,biar dalam usia yang menjangkau lima pulohan.alhamdulilah .sesungguhnya saya menshyukuri nikmat yg allah berikan.Dan dirumah ini memberikan saya penuh ketenangan.Dan masih ada ruang ruang untuk berehat dan mendeco untuk keselesaan.