Jahitan Umie Sendiri

Assalamualaikum

mlm rakan blogger,umie nak share berapa keping gambar kraf yang telah umie siap kn..


Cover Peti Ais Dan Cover Pemegang Peti Ais


Sarong Tangan Memasak Dan Pemegang


Riben Boleh Gantung Di Frame


Catitan Harian Umie

Petang nie jam 0550 ptg, sambil memasak lauk utk makan malam,cuma kari Ayam kegemaran suami dan anak anak,belimbing buloh buat sambal ,bersama pecal pucuk ubi serta telor asin,hampir siap ,tunggu kuah kari jee kat atas tunggu dapur..jadi masa ini umie luangkan masa menulis ,bukan apa umie bercuti ,taklah gi jauh jauh ,memandangkan suami ku berkerja,jadi keluar kejap kejap je dengan anak anak, kat rumah nie agak rioh dari biasa kerna ada 2 cucu yang bercuti sekolah,apa lagi tonggang langganglah ruang tamu rumah nie, namun tak apa tukang kemasnya ada.

Dalam duduk duduk kat rumah nie umie telah siapkan menjahit alas peti ais serta dengan pemegangnya sekali,adalah 2..3 kraf yang umie siapkan bagi menyemakkan lagi rumah umie..tapi biar semak kepuasan tu ada.Kadang kadang suami umie geleng kepala je.

Nanti umie ,masukkan gambarnya ya,sekadar menjamu mata .Oklah..umie nak siapkan keja kat dapur.Pada yang berkunjung ke Blog Umie ,Terima kasih.


Coretan je

Hari ni dah jam 0146 hrs,bertarikh 16/05/2012, saya ingin bercerita hasil pemakanan saya ia itu ' GO GEOUS',pemakanan ini hanya sepekat kecil  berupa sebuk berperasa anggor ,dibancuh air putih,senang cerita air maneral kemudian diminum, setiap pagi sebelum mengambil apa apa makanan...dan di ikuti sentiasa minum air maneral,..kesannya pada saya jauh lebih baik sebelum mengambilnya.

Apa yang saya rasa senantiasa segar dan lebih bershukur buat masa nie, kaki yang dulunya agak sakit bila nak duduk ,bila sembahyang,sentiasa mengeluh sakit nak bertimpuh,alhamdulillah pulih dan tak terasa sakitnya lagi.Bukan nak berjual  tapi sekedar cerita, benda yang benar,jika kawan kawan nak tahu  go geous kawan kawan boleh gi kat www.gocell2u.com .ok.

'REJUVENIST pula adalah super serum hanya disapu sedikit  pada wajah..bagi meningkatkan lagi kekenyalan kulit wajah,tidak boleh kita nafikan biar usia menjangkau jauh,namun keterampilan diri misti dijaga.untuk kecerian diri sendiri ..Kekal Muda Kekal Sehat dan Rejuvinasi'.Ini cerita saya pagi nie..moga kawan kawan sentiasa menjaga kesihatan diri ,salam dari saya (Umie)

Ohya..satu lagi klu kawan kawan ada crafs english style yang hendak dijual ,offer offer kat saya..tak kira decopage,craf utk dapur ke ,apa apa lah yang harganya mampu saya adakan,bukan apa saya lebih suka begitu kerna kalau sya tempah ,akan menyekat kebebasan kawan kawan berkaria ,ok thank

CATITAN DI MLM SABTU

            Hari ini, 5/5/2012,lepas pergi pejabat jam 0830 pagi tadi dan pulang rumah jam 12.45 tengahari bersama nana dan Ella pergi majlis kenduri kahwin rumah En. Md.Noor di blok 2,Berek Polis Tmn Melor.,ramai jumpa teman teman sepasukan dan isteri isteri polis yang sangat ramah.Pulang rumah lewat jam
2.15 ptg.Saya tak ada aktiviti lain,mula menjahit crafs tangan diantaranya reben,alas peti Ais,tombol pintu,dan beberapa Craf yang dicadangkan oleh kawan kawan untuk dicuba.
           Apa yang sangat saya suka telah bermula menyiapkan perancangan untuk Raya tahun ini, terutama  gubahan bunga English stlye, bajit tahun lepas Rm.250/- tahun ini bunga tersebut saya hantar kekedai berhampiran (yg mana thn lepas saya beli bunga itu)di kedai yang sama untuk proses pengubahsuaian,mesti
cantikkan .tambah sedikit bunga baru dan bayar upah mengubah saja.
          Saya juga ada membuat craf decopage tin yang baru.nanti saya paparkan barang barang tu ya,sekadar menjamu mata,membuka minda .Saya meminati seni english nie, kerna mendatangkan satu emosi yang lembut.sejuk dan tenang"ATAP REMBIA COTTAGE"..unik, atap rembia sasuatu kegunaan nenek moyang kita untuk sebahgian bumbung utk berteduh ..cottage sesuatu yang moden bila dikombinasikan..wahhh...menjadi terapi diri .Itulah yang membuatkan saya leka ,dan terkadang lupa dengan masalah kerja yang  ada.Saya berterima kasih kepada kawan kawan yang sudi bertandang ke Blog saya ini,
dan berharap anda semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi,salam sayang dari Umieziee.
         

StooL Rosse

StooL Rosse

Meja Tamu

Meja Tamu

painting roses english deco

painting roses english deco

Meyhh la teng0k..Hasil Keje Tangan D waktu Lapang !!